Senang je jawapannya. Well, as u guys may know, already knew or will know, aku salah seorang #tahitwitter. Ya, aku sgt ketagih. Duduk kat rumah, bosan buat kerja, which kerja aku tu aku buat menggunakan komputer dan Internet, apa lagi, apa-apa yang aku rasa best, atau apa-apa yang aku nampak dalam Facebook aku, atau apa-apa yang aku nampak dalam timeline Twitter aku, atau apa-apa yang aku terfikir, semua pun aku nak campak dalam Twitter. Apa lagi, memang mengamuk ah kawan2 followers aku sebab aku SPAM timeline diorang.
Jadi, oleh kerana 140 characters yang dibenarkan oleh Encik Twitter adalah sangat tidak mencukupi untuk aku menaip, dan bagi mengelak dari kemarahan dan amukan tentera Penggerak Anti Spammer Twitter, maka dengan ini, aku mengambil tindakan drastik membina sebijik blog. *Hooray*
Cuma buat masa ni aku belum terfikir nak letak input apa dalam ni. Maybe something that I see everyday? I experience everyday? Somehow aku akan cuba untuk tidak mendedahkan sangat kehidupan peribadi unless aku dah takde makhluk yang bergelar manusia untuk mendengar luhan hati aku, maka aku akan sumbat dalam blog Sembang Kenchang ni. *Oh ya, nama Sembang Kenchang ni belum confirm lagi yo. Kalau kekal pun apa salahnya. Tengok keadaan*
Okay. Sampai sini saje Fellas! Nak sambung lagi sikit tapi nak buat special entry
Ni muka aku zaman study dulu. Ada iras-iras Jastin Bibir tak?
1 comment:
ye lah. sbb sekarang dah baligh. muka pun berubah, jadi makin handsome
Post a Comment