Finisher Medal Milikku, bukan Shuffle Milikku tau |
Hari yang ditunggu2 sudah tiba! Errr actually, dah tamat dah pun hari2 yang ditunggu2 tu. Ia berlaku pagi tadi, Bareno Run 2011 anjuran Taman Bukit Jalil Running Club dan penaja utama adalah New Balance. And guess what, it was the best moment ever in my whole entire running career! (hahahaha taleh blah ayat aku, bajet professional runner. Fakta: aku join lari2 untuk hiburan semata2. Peace!)
Jadi, aku nak buat laporan lah sikit dalam entry kali ni untuk run pagi tadi. Seperti dalam dua post sebelum ni, dikatakan kena melapor di stadium seawal
pukul 5.40 pagi!!! Perghhhh memang gila ah kalau betul2 nak sampai time tu. Tapi since aku tak tidur dari pukul 10 malam sebelum tu, aku rileks je lah berjaga sampai pagi.
Aku kejut kili pastu terus bersiap gerak Bukit Jalil. Kili datang pick up aku pukul 5.50. HAHAHAHA nak sampai on time? Nan hado! Sampai2 je stadium kitorang tengok dah start run tapi untuk 21km lah. Geng aku dari Bangi pun dah sampai cuma geng dari Shah Alam lambat sikit. Sampai2 je terus bersiap pakai kasut, tapi boleh pulak pin baju kili aku tercampak masuk celah kerusi kereta. Memang burn ah! Nasib baik aku ada lebihan pin yang run dulu2 dalam beg aku. Selamaaaattt
Selepas tu, terus beratur beramai2 dengan orang yang dah ready nak lari. Time tu pukul 6.10 pagi. AKU BOLEH PULAK SERBA SALAH NAK PERGI SEMBAHYANG SUBUH KE TAK!!! Astaghfirullahai'azim. Ampunilah dosa ku Ya Allah. Tapi, Alhamdulillah Iman aku tetap kukuh, aku ajak kili gerak pergi surau stadium. Kili bengang sikit dengan aku sebab aku tak bagitau dia yang surau dekat je sebenarnya =_="
Selesai solat, aku dengan kili bergegas lari2 anak ke starting line. Apa lagi, memang dah ketinggalan ah kami. Hahahaha. Tapi aku dengan kili teruskan jugak lari. Selepas 50m lari, geng Bangi call aku cakap bila nak start. Laaaaa rupanya diorang pergi berkumpul dengan puak 5km run. Aku pun cakap ah puak 10km dah start lari. Dah lah aku bercakap sambil lari. Lelah2, tapi okay jeh.
Time lari, mula2 aku keep up dengan kili. Agak2 dah 1km ada kili sangkut dengan crowd yang lari rapat2. Aku yang kecil2 cili padi ni lari ah potong kili sikit. Lari2 lagi, dengan bunyi muzik dari handphone siapa tah. Tiba2 ada orang tegur dari belakang, rupanya si ikhwan (salah sorang geng Bangi) yang tegur sambil lari dengar lagu. WOWWW!!! Laju seyh dia kejar! Padahal start lambat tuuu. Apa lagi, aku pun cuba la nak keep up dengan dia. Sekali dia ni pace tanak laju je. Dah la aku perlukan hiburan dari hp dia. Haihhhhh kena lah give up. Aku teruskan berlari, berseorangan.
Hampir sejam berlari, akhirnya almost reached finish line. Oh ya guys, aku buat rekod baru untuk diri aku sendiri, BERLARI TANPA HENTI DAN TANPA BERJALAN! Yeayyyyyy!!! Macam tak percaya aku dah berlari 10km non stop :D
Sampai je end line, komiti jerit2 cakap kategori F (10km male) kena beratur masuk line. Wow! Rupanya kena beratur untuk ambil nombor. Aku top 600! Hahahahaha. Not really great but I've made my own record :) Aku dapat nombor 516! Okay la tu. Ye lah, dapat MEDAL beb! Weeeeee!!! 1st time jugak aku dapat medal selama aku masuk run! Terasa noob gile tapi masih bersemangat.
Selepas ambik medal, sijil & air, aku try2 la cari ikhwan yang dah tentunya sampai dulu. Tak jumpa. So aku decide tunggu budak2 yang belum sampai. Aku nampak jaja (geng Bangi), salam2 semua, lepas tu cari ikhwan. Dah jumpa ikhwan tengah warm down, dia dapat nombor 258 beb! Gile tak gile mamat tu! Laju siallll!!! Pastu kili sampai, chombi sampai & faha pun sampai.
Kitorang camwhore (macam biasa) kat keliling event area pastu cabut pergi Hailam Kopitiam kat area Bukit Jalil tu jugak. Selesai makan semua, masing2 cabut balik rumah! Fuhhhh what a day. happy semacam je aku. Ye lah, mula2 bajet tak sembahyang Subuh sebab event start sebelum Subuh tapi eventually dapat je solat. PEMALAS!!! Then aku dapat lari full 10km TANPA latihan kardio selama beberapa bulan dan tanpa warm up yang cukup sebelum lari. Then lagi aku dapat medal. Alhamdulillah everything went AWESOME! :D
Apa2 pun kami tunggu next run in April (Energizer Night Run) and June (Standard Chartered Run). Will do better InsyaAllah :) Thanks guys, kili, jaja, faha, hilmi dan ikhwan. I had fun hanging out with you guys!
Berikut adalah siri camwhore. Sila layankan aje,
Tengah beratur nak ambil nombor. Cayalah Bareno Run! Siap kena beratur tu |
Finish line after event |
Peserta yang berjaya menamatkan Bareno Run 2011! Kami gabungan anak2 Ulu Klang, Bangi dan Shah Alam! Woot |
4 biji telur separuh masak masih belum mencukupi |
Amios Adigos!
No comments:
Post a Comment