Friday, 11 March 2011

Sujud Seperti Tsunami

Hari ni hari shocking untuk aku apabila tengahari tadi tengah2 lunch after Jumaat prayer (curi wifi restoran dengan halal, sebab free kennn) buka2 je timeline Twitter, penuh orang tweet dan retweet pasal gempa bumi dan tsunami di Jepun. Fuaaaaaaaa!!! Aku ada sorang lagi kawan tak habis belajar kat Jepun!!! Tapi rasanya dia kat kepulauan lain dan semoga dia sentiasa mendapat perlindungan Allah selalu. Amiiinn. Apa2 yang terjadi, itulah yang terbaik untuk dia, sentiasa dalam keadaan Jihad sebab dia tengah undergo master. Samalah keadaan kawan aku beberapa orang kat Kaherah dulu. Alhamdulillah diorang selamat *tadah tangan*

Klik sini link untuk krologi kejadian dan sini untuk gambar tweeted daripada stranded
victim right after the tsunami.

Below are few images around the disaster (Source: Yahoo! News):

Ni pulak video dari Al-Jazeera:



Aku buat juga entry ni bukan apa, ramai sangat yang bercerita pasal ni dalam timeline Twitter. Tidak ketinggalan juga yang buat entry dalam blog masing2. Bukan juga niat aku untuk buat perbandingan berita. Tapi dah orang lain buat, aku pun nak buat. Kata sembang kenchang. Hahaha. Tapi just nak korang fikir, negara yang antara paling maju dunia tu lah paling banyak Tuhan turunkan ujian, besar gedabak pulak tu. Kenapa mesti tsunami? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sebab, setinggi-tinggi tsunami, dia tetap akan jatuh ke bumi, menghempap semua yang kat bawah dia. Sama lah macam kita manusia, setinggi-tinggi kedudukan kita, ingat suatu hari nanti kita akan dengan mudah dijatuhkan Tuhan dengan pelbagai ujian. Tak perlu lah nak bongkak/berlagak/angkuh/kerek atas muka bumi ni oi! Sekali Tuhan kerek dengan kita, selesai lah kita.

Lagi satu, tengoklah macam mana rupa tsunami, sangat gah setinggi 10 meter tapi dia tetap akan "tunduk" ke bumi, membawa kepada satu lagi maksud tersirat, jangan lah lupa untuk tunduk dan sujud kepada Yang Maha Esa. Setiap hari dia tunggu kita sujud kat Dia. Tak pernah penat. Alhamdulillah kita tak ditimpa kejadian macam di Jepun tu. Tuhan masih bagi masa dan peluang untuk kta betulkan diri kita sebagai hamba-Nya. Pangkat dah tinggi gile tu, jangan lupa ada yang laaaaaagiii tinggi pangkat-Nya!

Sama2 lah memperbetulkan diri kita. Ini juga nasihat untuk diri sendiri. Saling ingat-mengingati sesama insan :)

Last but not least,
"Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (Riwayat Muslim)"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...