Monday, 16 May 2011

Hidup Saya Banyak Berubah Semenjak Kehadiran Dia

Assalamualaikum,


Maaf, saya tak reti nak buat ayat2 yang sangat puitis, ayat2 yang sangat skema, atau ayat2 yang mampu membuat seseorang gadis mahupun lelaki cair apabila membacanya. Kadang2 saya hanya hebat membuat ayat2 yang menyucuk2 kepingan hati insan bernama Ahmad, Muhammad, Wan, Nik, Nur, Syed, Sharifah dan sebagainya. Tapi kali ni saya mahu juga buat sebijik entri, specially dedicated to someone who has changed a huge portion of me and my life.



Oh, jangan salah faham, bukannya mengubah saya jadi pembunuh upahan atau penjaja MLM, BUKAN BUKAN, tapi telah mengubah aku jadi seorang manusia yang tahu erti kehidupan dan tujuan kehidupan yang saya lalui sekarang ni. Ya, itulah GURU atau CIKGU atau aku panggil dia SIR.


Kau mesti tanya, Y U NO MENTION FATHER MOTHER? Sebab bagi saya, mereka berdua tu sudah tentu tak perlu dikhabarkan lagi. Nobody can top them, not even my wife and teachers! Ke nak aku susunkan balik urutan yang Nabi Muhammad S.A.W pernah sebut:


"Who should I give my love to, my respect and my honor to. Who should I pay good mind to, after Allah, and Rasulullah.."


"Comes your mother."


"Who next?"


"Your mother."


"Who next?"


"You mother."


"..and then you father" nuff said - lirik lagu by Yusuf Islam - Your Mother


Jadi, tujuan saya buat entri ini adalah untuk memberitahu betapa saya sangat hargai segala jasa dan ilmu yang telah cikgu beri kepada saya. Tak kisah lah secara langsung atau pun tidak, secara sengaja atau pun tidak, secara tenang atau pun kurang tenang, secara lantang atau pun bisik, semua yang baik2 semua saya jadikan tauladan.


Walaupun banyak guru yang telah mengajar saya sejak saya mula merangkak memasuki tadika, tapi guru yang saya temui waktu berumur 20 tahun sehingga saat ini ni lah yang banyak membimbing saya jadi seorang yang lebih pintar dan lebih lantang berfikir. Mungkin, guru sebegini lah yang saya tunggu-tunggukan sejak dahulu, bukan sekadar mengajar mengikut panduan sebuah buku nota tapi lebih berpandukan pemikiran matang seorang yang menjadikan pengalaman sebagai gurunya. Tambahan, saya sudah dewasa dan mampu berfikir secara lebih waras, the type of idea injection by him is what I have actually been waiting for.


Paling penting, beliau bukan sahaja seorang guru malah juga seorang kawan. Layanan sebagai seorang kawan adalah satu modus operandi yang paling mujarab bagi membuka hati seorang pelajar menimba ilmu tentang kehidupan. Ingat, kehidupan juga adalah akademik yang tak banyak dibongkarkan di dalam bilik darjah.


Apa yang paling saya hargai adalah bagaimana seorang yang normal seperti saya telah berjaya diubah beliau menjadi seorang yang sangat berfikiran POSITIF!!! Kamu ingat beliau AJAR saya untuk jadi positif? Oh tidak. Saya mempelajarinya dari bagaimana beliau menghadapi kehidupan sehari2 beliau, dari kehidupan sebagai seorang guru sehinggalah sebagai seorang bapa, suami, anak, abang, adik, employer dan employee. Beliau sentiasa senyum dalam memukai segala urusan, tidak kira betapa berat cabaran. Walau hasil yang akan dihadapi adalah tidak memuaskan, tapi masih mampu untuk mempositifkan keadaan. Tak perlulah saya menceritakan secara detail, saya yakin anda tahu apa itu pemikiran positif.


Dari segi kewangan, beliau tak pernah berkira. Inilah contoh terbesar yang sedang saya amalkan dalam kehidupan sekarang. Beliau mendidik saya bahawa duit bukanlah segalanya. Memang zaman sekarang, duit adalah segalanya, sedangkan cinta kepada manusia pun boleh dibeli dengan duit, TETAPI, cinta kepada dan Yang Maha Esa sukar dicari dan dibentuk. Anda kena faham, tidak berkira dalam berbelanja bukan bermakna anda berbelanja mengikut nafsu, tetapi maksud sebenar adalah sentiasalah bersedeqah. Kalau tak mampu kepada orang fakir miskin, mulakan dengan berbelanja untuk kedua ibu bapa, adik-beradik dan rakan2 yang memerlukan. Sumpah saya cakap, hati akan tenang jika anda berbuat sedemikian. Malah, Tuhan akan beri lebih lagi dari yang kita dah spent. Kadang2 Tuhan balas dalam bentuk zahir, kadang2 Tuhan beri dalam bentuk kesenangan dan ketenangan hati. Apa kau orang ingat zaman hutan konkrit ni senang ke nak cari hati yang tenang?


Baiklah, enough with ucapan yang sangat membuntu otak, atau membuka otak bagi sesetengah insan. Tujuan UTAMA saya membuat entri ini adalah untuk mengucapkan setinggi2 TERIMA KASIH kepada seorang cikgu saya yang saya sangat2 hargai selama beberapa tahun ini, dan tahun2 yang mendatang. Kenapa saya guna istilah GURU atau CIKGU kepada beliau? Kerana PENSYARAH hanyalah seorang tenaga pengajar di sesebuah universiti tetapi CIKGU merangkumi seluruh segi. At least, that's what I think :)


Jadi, inginlah saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada beliau! Teruskan menyemai benih2 positif dalam diri setiap individu yang cikgu temui. Dan saya sendiri akan meneruskan legasi cikgu apabila saya sendiri bergelar Pensyarah dan berjuang di samping cikgu, InsyaAllah. Saya doakan semoga rezqi cikgu dan keluarga cikgu takkan putus2 dan sentiasa berada di bawah lembayung Rahmat dan perlindungan Yang Maha Kuasa. Saya sayang cikgu saya!


Cikgu, you know who you are. Be proud of yourself :D


2 comments:

Abang Zam said...

pandai lah kau eh buat ayt sedih tanpa disedari? haha

cikgu bai..siapa yg kurang ajar ngn cikgu tu aku tak tau lah nk cakap ape..kurang cerdik kot

biase lah..cikgu yg tadika dlu memang kita tak ingat jasa depa apa
hahahaha

d' Mekdy said...

hoi ada baur2 ayat sedih ke? hahaha

tu la pasal. jahat2 mcm mana pun cikgu tu, ilmu sebesar kuman pun masih besar impaknya. wow!

aku nakal dan jahat dowh time tadika. siap pegang kopek cikgu tadika lagi yo! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...