Nak tahu apakah makanan itu?
Bahan-bahan:
1) Sebiji telur ayam *telur ayam kampung atau ayam organik lebih baik. Baik untuk kesihatan*
2) Sebotol kicap *kicap manis cap kipas udang adalah lebih afdhal*
3) Seketul butter atau marjerin *pastikan guna yang berjenama tersohor sahaja. hasil lebih aummmm*
4) Sepinggan nasi *dinasihatkan supaya menyediakan nasi tambah kerana hidangan ini sungguh enak. kalau tiada nasi tambah, maka habis pinggan2 pun korang akan makan*
Cara-cara:
1) Goreng telur tadi secara mata kerbau atau dadar. Kalau dadar letak le garam sikit. Apa sedap ke telur tawar? Pastikan digoreng secara individu jika anda ingin memasak lebih dari sebiji telur
2) Sediakan nasi di atas pinggan. Nasi seharusnya masih panas. Kalau baru diangkat dari periuk lagi bagus!
3) Dengan menggunakan sudu, korek sesudu atau lebih mentega tadi dan letak di atas nasi panas itu. Pada masa yang sama, jika anda tiada benda lain yang lebih penting untuk dibuat seperti solat 5 waktu atau menggosok gigi, silalah tonton mentega itu cair dan meresap ke dalam nasi. Sungguh orgasmik
4) Angkat telur yang sudah siap digoreng tadi, letak di tepi nasi, tuang kicap sampai jadi macam kuah dan voila! Wallawei! Siap la hidangan terenak sepanjang zaman! NASI TELUR MENTEGA BERKICAP!!!
2 comments:
setau aku nasi telu n kicap jek.. tak pernha tau lak ade letak marjerin..apekah ianya telah di-western-kan.. hahaha..nice. memang feel..pecah lemak punggung
woooooo kau kena try letak butter weh! serius! rasa lemak2 gitu. aduh. kecur air liur aku siak! nak kluar pegi mkn jap! hahhahaahha
Post a Comment