Thursday, 14 July 2011

Condom

Aku teringat satu cerita ni. Tapi mungkin aku akan ubah jadi versi aku sikit. Cerita ni tentang condom. Enjoice!



Ada sorang mamat ni. Nama beliau adalah Bablu. Bablu ada sorang awek namanya Bibli. Diorang ni dah couple 15 tahun. Sepanjang percintaan mereka, mereka telah melalui banyak pahit, getir, rintangan, onak, duri, lopak, selut, pagar besi, lompat pagar. Tak kurang juga kebahagiaan berwarna-warni yang dikongsi bersama sepanjang tempoh percintaan mereka.


Begitu utuh (bukan typo butuh) perhubungan mereka, belum pernah lagi Bablu bertemu keluarga si Bibli. Dipendekkan cerita, mereka pun bercadang nak jumpa parents si Bibli pada 1X haribulan XX tahun 21XX iaitu dua minggu dari sekarang. Sekarang tu depends la bila2 pun korang nak decide. Aku reka je pun tarikh tu.


Walau bagaimanapun, sehari sebelum hari bersejarah itu tiba, Bibli pesan kepada Bablu yang keluarganya hanya akan berada di rumah pada pukul 5 petang. So, Bibli menjemput si Bablu untuk datang ke rumah pada pukul 1 untuk tolong memasak katanya. Ye lah, si Bablu ni lepasan Ijazah Sarjana Masak Memasak. Bablu diberitahu yang seluruh keluarganya sangat meminati lempeng dan laksam.


Apa yang amat memeranjatkan Bablu adalah apabila Bibli memberi sedikit hint,


"Masak2 tu paling2 kuat pun 2 jam je kan abang Bab. Adik Bib ingat masa2 yang lebih2 tu, boleh lah kita "sembang2" "bersenda-gurau". Hikhik"


Amboi, bukan main lagi Bablu bila beliau memahami yang perkataan "sembang2" dan "bersenda-gurau" berada dalam kurungan koma timbul. Bablu dengan cool menjawab, "Oh okay Bib. Nanti pandai2 lah kita mengisi masa lapang ya? :)" jawab Bablu dengan sangat macho dan Like A Boss.


Apa lagi, malam tu terus si Bablu pergi 7E beli apa2 yang patut seperti condom dan biskut Oreo. Kepala otak beliau memang ke arah situ je. Mana taknya, couple 15 tahun dengan Babli si first love nya, tak pernah kehilangan teruna lagu uols.


Tiba lah hari yang ditunggu2 15 jam kemudian. Tepat pukul 12.56 tengahari Bablu dah sampai depan pagar rumah Bibli dengan menaiki Saga FL beliau. Dijenguk2 ke dalam garaj rumah Bibli, "Oh tiada kereta. Confirm family dia keluar semua". Ditekannya loceng rumah, Bibli membuka pintu dan menyambut balak beliau dengan senyuman paling manis pernah Bablu lihat sambil memakai skirt dan tshirt merah jambu.


Dengan pantas Bablu meluru masuk ke rumah, ditanya di mana dapur Bibli dan terus ke dapur untuk melihat cukup tak bahan2 nak masak laksam. Korang jangan terpedaya, konon2 je tu tanya mana dapur. Padahal jantung tengah pam laju tu.


15 minit kemudian, tiba2, Bibli menarik tangan Bablu. Makin laju jantung Bablu, makin cepat juga darah berkumpul di suatu tempat. Bibli menarik Bablu ke sofa dan terus duduk berhadapan masing2. Bibli pun berkata, "Abang Bab tunggu kejap ya. Adik Bib nak naik atas kejap. Tertinggal barang n adik nak tukar baju". Bablu mengangguk dan Bibli naik ke atas. Dilihatnya si Bablu skirt Bibli yang terlompat2 ketika awek beliau itu sedang naik tangga.


Bablu tiba2 jadi tak keruan. Mungkin kerana excited gila agaknya. Dia lantas bangun sambil tersengih sengihan yang paling buruk aku pernah tengok dan pergi ke pintu rumah. Dibukanya pintu. Ya, kebetulan pada masa yang sama, ada sesuatu di hadapan pintu rumah itu.


"Tahniah Bablu! Anda memang bakal menantu pakcik. Pakcik tak sangka Bablu adalah seorang lelaki yang mulia yang menjaga kehormatan bakal isteri, tak sanggup duduk berdua-duaan di dalam rumah. Pakcik berbangga!" sambil ayah Bibli menepuk2 bahu Bablu. Di belakang ayah Bibli adalah seluruh ahli keluarga yang bertepuk tangan gembira sambil di belakang Bablu pula Bibli turun dari tangga sambil tersenyum gembira.


Ya, rupa-rupanya keluarga Bibli sedang menunggu di luar pintu untuk melihat apa yang si Bablu akan buat bila berdua je dengan Bibli. Bablu apa lagi, POKER FACE lahhhhh!!! Dari poker face berubah menjadi senyuman yang tak berapa ikhlas. Sebulan kemudian, mereka menikah. Sekian.


Pengajaran: Sentiasa tinggalkan condom dalam kereta


7 comments:

Anonymous said...

1st

Anonymous said...

oh macam haram sungguh

Anonymous said...

huhuhu sungguh macam haram huhu

d' Mekdy said...

Wah! 2nd dgn 3rd pun kau nak amik

hyatt^^ said...

ok. no komen haha :p

d' Mekdy said...

@haniekunie
jgn lupa berus gigi tau!

d' Mekdy said...

@hyatt^^
No comment tapi faham tapela. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...