Di sebuah rumah setinggan, tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, Si Aput. Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawab kepada si Mama.
"Sayang, abang nak lagi yang"
"Ya bang Tengok dulu si Aput, dah tidur ke belum?"
Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak,
"Put! Dah tidur kau Put?"
"Belum Papa! Tengah baca buku."
"Sudah! Esok saja. Dah malam, tidur!"
Kira-kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi,
"Put! Dah tidur kau Put?"
"Belum!"
Si Papa marah dan memukul si Aput sehingga benjol dahi si Aput.
"Disuruh tidur, tidurlah!"
Esoknya di sekolah si Aput ditanya oleh gurunya, tentang benjol dikeningnya. Berceritalah si Aput dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Aput,
"Malam nanti, kalau ditanya lagi, kamu diam saja ya?"
"Baik cikgu!" jawab si Aput.
Malam itu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya.
"Sayang, abang nak lagi."
"Ya bang. Tengok dulu si Aput, dah tidur ke belum"
"Put! Dah tidur kau Put?"
Si Aput teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja. Daripada kena benjol lagi, baik dia pura-pura tidur.
"Aput! Dah tidur kau Put?" ulang Papanya.
Aput tetap diam. Oleh kerana tiada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu. Jadilah gelap gelita. Si Aput ketakutan setengah mati, tapi daripada dapat benjol lagi, dia menahan ketakutannya. Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Aput. Tak lama kemudian dia terdengar suara Papanya,
"Yang! Abang nak keluar ni!"
"Ya bang, kita keluar sama-sama ya?"
Terdengar suara Mamanya menjawab itu, dengan segera si Aput bangkit dan berteriak,
"Aput nak ikut! Aput nak ikut!"
Esoknya, Aput dapat benjol yang ke-dua. Sekian.
3 comments:
ape ni mekdy? rosak2 :p
@hyatt^^
ini realiti kehidupan yati. hihi
@haniekunie
miskin sgt smpai tak mampu nk beli tiket bas antar aput pegi asrama
Post a Comment