Aku dapat ni daripada email juga. Agak lama terperap dalam email tapi zaman tu aku tade blog lagi. FML. Ini adalah sejenis AMARAN KEPADA KAUM WANITA dan kepada semua kaum perempuan yang memandu terutamanya, kes ni betul2 menakutkan.
Kesah ini terjadi di Penang. Ingat lagi tak dengan kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh?
Kisahnya berbunyi begini. Ada seorang perempuan ni berhenti di stesen gas "pay-at-the-pump" untuk mengisi minyak. Sebaik sahaja dia selesai isi minyak tu dan nak beredar, seorang pekerja stesen mnyak itu membuat pengumuman yang kad kredit perempuan itu ada sedikit masalah. Pekerja itu menyuruh perempuan itu masuk ke dalam untuk membuat bayaran secara tunai tetapi perempuan itu keliru sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tiada apa-apa masalah pun. So, perempuan itu beritahu pekerja itu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik. Walau bagaimanapun, pekerja itu tetap bertegas dan suruh dia masuk ke dalam kedai stesen minyak. Perempuan itu pun akhirnya bersetuju untuk masuk ke dalam tapi terus memarahi pekerja itu.
Pekerja tu suruh dia bertenang dan memberitahu hal yang sebenarnya. Apa yang sebenarnya berlaku?
Sebenarnya, semasa perempuan itu sedang mengisi minyak, pekerja itu ternampak seorang lelaki menyelinap masuk ke belakang kereta perempuan itu dan pekerja itu sudah pun menghubungi polis.
Perempuan tu pun apa lagi, cuwak kebebey la. Dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki itu keluar dari kereta dia.
Cerita tambahan: Sekarang ni, ada laporan yang mengatakan sekarang ni ada geng yang mengambil body part perempuan, bukan body part kereta atau body shop tahu! Salah satu cara diorang adalah dengan menyelinap masuk kereta perempuan semasa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang di kedai TENGAH2 MALAM!
Kemudian, diorang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu.
Satu cara lagi, diorang akan masuk ke dalam kereta yang tiada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh mereka, just like previous story.
Dalam Crime Investigation di Astro pun ada menceritakan kes yang sama berlaku di Hong Kong tapi pelakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas tengah malam. Memang ngeri bai!
Senang cerita, bagi kaum perempuan elakkan la keluar berseorangan malam2. Kalau diorang tak dapat tangkap korang pun, diorang boleh follow korang balik rumah. Kalau korang duduk rumah bujang lagi la kenyang penjahat itu. Nafsu batin dan nafsu wallet mungkin dapat dipenuhi.
Alahai. Tak mati pun kalau tak dapat beli air or tuala wanita tengah2 malam. Nyawa korang tu lebih berharga.
Amios Adigos!
Penjahat tak handsome kamu tahu (Source: http://www.artpusher.net/) |
2 comments:
ooo...dh penah dgr ni, dh lama dah...skrg ni mmg ramai org nk naye org...aku sbg pompuan, aku sndri slalu blk mlm, isi minyak mlm2...takot juga dgn cerita2 camni, tapi nk wat camne..tuntutan keje :( cume boleh berdoa, bace ayat kursi minta pertolongan Allah SWT dan malaikat2Nya...
Apa2 pun tawakkal and always be alert. Usually women always lack on that alert thing. At least when alone be extra cautious.
Oh ya, member aku baru lepas witnessed an incident where sorang makcik kena cekik kat stesen minyak n kena rompak earlier this week
Post a Comment