Friday 5 August 2011

Hai Kontraktor Melayu! Aku tak pandai bersajak

Hai Kontraktor Melayu!
Kami perekabentuk Melayu juga,
Kami designer Melayu juga,
Kami cari anda untuk bekerja untuk kami,
Kami beri peluang untuk anda berkhidmat untuk sesama bangsa


Hai Kontraktor Melayu!
Tapi kenapa,
Tapi kenapa, tapi KENAPA?
Kenapa kau sia-siakan peluang yang diberikan?
Kenapa kau sia-siakan peluang yang sukar didapati?
Kenapa kau sia-siakan peluang yang biasanya akan diperolehi bangsa lain?

Hai Kontraktor Melayu!
Maaflah kerana aku bercerita tentang kamu.
Kamu mungkin tidak membaca karang-karangan aku ini.
Maaflah kerana aku mengeluh tentang kamu.
Kamu mungkin tidak sedar tentang ini,
sampai bila-bila pun..

Hai Kontraktor Melayu!
Kami tahu keupayaan kamu.
Diberi tempoh sebentar kamu kata "SEMPAT"
Tapi hakikatnya kamu tidak mampu!
Terlebih tempoh kamu masih tenang.
Kamu tuding pula jari kamu kepada kami.

Hai Kontraktor Melayu!
Kami tahu kemampuan kewangan kamu.
Kamu yakin kamu mampu mencari sumber kewangan.
Tapi hakikatnya kamu meminta-minta dari kami.
Benar, pitis yang kami terima bukanlah semuanya kepunyaan kami
tapi sabarlah, bukan tak termeterai hitam putih yang kamu akan dapat habuan kamu apabila selesai.

Hai Kontraktor Melayu!
Sudah ku sebut kerja kamu selesai tidak pada waktunya.
Tak kurang juga kerja kamu itu tidak sempurna.
Tapi kamu hanya fikir habuan kamu
Tiada malu mu terus meminta habuan mu padahal kerja melepas batuk di tangga.
Soalan aku, kamu tahu erti sabar? Kamu tahu erti bertolak-ansur?

Hai Kontraktor Melayu!
Kamu tahu tugas yang diberikan sangat singkat.
Tapi mengapa kamu mahu menekan kami? Menindas kami?
Lagi kau mahu menghakis sebanyak mungkin daripada kami?
Tak kasihankah kau kepada pemberi tugas yang sama bangsa dengan kau ini?
Kalau bangsa lain, bukan main kau beri muka, bukan main kau hidu tapak kasut mereka.

Hai Kontraktor Melayu!
Kami perekabentuk tidak hanya menghadapi kamu yang banyak fe'elnya.
Kami perekabentuk perlu menghadapi klien yang tak kurang juga fe'elnya.
Tapi kami tetap bersabar
Kami tetap anggap ini suatu cabaran dalam dunia perniagaan.

Hai Kontraktor Melayu!
Tujuan aku berbicara bukan untuk memalukan bangsa sendiri.
Aku berbicara atas pengalaman. Bukan satu, bukan lima, tapi lebih daripada itu bilangan kontraktor BINAAN seperti kamu.
Walau bagaimanapun ujian, kami tetap mencari kamu.
Bukan apa, ingin membantu dan membangunkan bangsa sendiri.
Tak bolehkah kau berfikir seperti itu?
Bukan kamu tak tahu, kalau kami ambil kontraktor bukan Melayu, apa yang akan kau katakan tentang kami.
Kau panggil kami lupakan bangsa sendiri,
kau panggil kami dayus,
kau panggil kami tak sedar diri.
Hei! Tahukah kamu bahawa bangsa bukan Melayu banyak kapital? Mereka bikin kerja cepat? Mereka tak semahal kau? Kerana mereka tahu kami akan beri lebih banyak peluang jika mereka beri yang terbaik!

Sedarlah wahai kontraktor Melayu
Kita sama-sama ingin membangunkan bangsa sendiri.
Tak salah kita saling membantu, bukan?
Dan ingatlah rakan-rakan, ini pesanan untuk semua, berlandaskan pengalaman kami sendiri, bukan omong kosong.
Dan kepada yang tidak berfe'el sedemikian, kekallah untuk tidak berfe'el sedemikian.
Siapa lagi yang mampu menaikkan taraf dan mutu kamu kalau bukan kita sendiri.
Untuk segelintir Melayu yang terasa pedas apabila menelan cili, beringatlah, berubahlah, dan bersatulah kita menaikkan bangsa sendiri...

Hai Kontraktor Melayu!
Ya, kamu lah!
Kamu yang tidak senang melihat orang lain senang.
Kamu yang penuh dengan hasad dengki.
Kamu yang tidak harum bau hatinya.

Ingatlah, siapa makan cili, siapalah yang terasa pedasnya.
(Sumber Imej: Google Image)

1 comment:

Pokeh Busu said...

Tak kan nak kutuk je, cuba la buat pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...