Saturday, 16 April 2011

Kau Nak Pilih Rezeqi Ke?

Last week, my mother, my sister and I just got back from jalan2 in KL. Oh yes, they were here last week because me mama got seminar to attend. So yes, we went out, walked around Putrajaya meeting my mother's long lost friends then we went back to my aunt's house in Bandar Tun Razak via public transport.



Dari Putrajaya naik KLIA Transit sampai Bandar Tasik Selatan. Then nak ambil teksi sampai rumah my aunty. Selepas jalan2 kejap kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan), kami pun nak ambil lah teksi kat bawah TBS tu instead of jalan balik pergi ambil teksi kat stesen LRT Star. Jauh kut. Lagi satu, jarak dari bandar Tasik Selatan ke rumah aunty aku kat Bandar Tun Razak tu tadelah jauh mana tapi kalau jalan kaki mahu sejam baru sampai, ditambah dengan tulang2 yang bakal tercabut tisu dan kepala lutut yang mampu longgar bila sampai rumah. Pastu malam2 pulak tu, anjing, perompak, perogol, hantu, semua ada dalam perjalanan tu. Mungkin la.


Sampai je tempat teksi TBS tu, aku cepat2 lari pergi kat teksi yang belum occupied, bukak pintu teksi tu lalu aku bertanya,


"Pakcik, Bandar Tun Razak boleh?"


Korang tahu apa driver teksi tu jawab?


"Eh adik ambik teksi lain la kat depan stesen LRT tu. Abang dah lama tunggu customer kat sini. Kalau hantar pergi Bandar Tun Razak berapa je abang dapat"


What the firetruck? WTF?????? FFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU
Fuhhhh. Tu lah first time aku termencarut depan mak aku menyebut perkataan F itu. Kau gila driver teksi? Boleh kau nak pilih customer? Teksi kau tu pakai meter bai. Naik turun mana2 pun sama je calculation dia. Tapi kau pilih untuk memilih rezeqi yang Tuhan nak kasi? Astaghfirullah


Pastu buat muka slamber kodok macam tak bersalah. No sorry, no "Maaf tau dik". Ki*ak kau lah! Kalau kau dapat satu sen pun, itu rezeqi tau. Jangan main2. Tuhan baru nak uji kau sikit je kau dah memilih. Dah lah kau Melayu, aku pun Melayu, kau tak sudi nak tolong bangsa sendiri? Aku rasa kalau MatSaleh nak naik teksi kau pergi 100meter pun kau rela. Macam tahi khinzir kamu tahu perangai kamu tu.


Mungkin cikgu sekolah kau dulu tak ajar peribahasa "Rezeqi jangan ditolak, musuh jangan dicari". So sekarang kau tolak rezeqi, kau topup sorang musuh.


Ish. Aku emo2 ni bukan apa. Not really sebab dia tanak hantar kitorang. Tapi aku sedih dan panas sebab masih ada makhluk bebal yang pentingkan diri sendiri, yang cari rezeqi tak ikhlas. Cuba kau kelentong aku sikit cakap yang kau tak pergi area sana, sumpah aku tak kesah, sebab aku dah kena macam tu berapa puluh juta kali dengan driver teksi lain. Dan aku faham mungkin kau tanak masuk kawasan sesak ke apa ke. But alasan yang kau kasi dan yang kau bajet JUJUR tu adalah sangat menonjolkan kebodohan kau.


Dah. Penat jugak emo2 ni. Aku cerita kat sini untuk pengajaran kita semua. Kadang2 tu Tuhan kasi kita sikit je supaya kita bersyukur sebab selepas tu mesti Tuhan akan kasi lebih. Kadang2 Tuhan tak kasi langsung sebab Dia dah standby something yang jauh lagi baik dan berkat dari yang kita pernah dapat. So, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada.


Nak tau apa jadi kemudian? Aku pun berjalan dengan family aku ke arah LRT untuk ambik teksi kat sana dengan perasaan yang happy sebab tengok aku mengamuk. HAHAHAHA


Driver teksi tu? Dia terkial2 cari customer sambil bukak pintu tanya2 orang yang lalu lalang sedangkan teksi2 kat belakang dia dah hon2 dah suruh dia gerak. Haaaaaaaa I don't wanna be the one who says "padan muka" to you but see how fast our God can give balasan on the spot, ekspres bai. Tapi aku harap tu je balasan yang dia dapat. Aku doakan hati dia terbuka untuk berubah. Amiiinn


Amios Adigos!


Ingat tau warna teksi ini

2 comments:

hyatt^^ said...

nice entry :)

d' Mekdy said...

yeah! harap sedar la org2 yg perangai mcm ni. penyembelih kaum sendiri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...