Friday, 1 April 2011

Keterujaan Tioman 2011!!! Siri 2

Oh yeah! Mari sambung journey! Sebelum ni aku dah cerita pasal TBS where I got my bus to Mersing, and Mersing is where I took the ferry to Tioman Island.


Bertolak dari TBS hari tu lebih kurang pukul 11.30 dan sampai Mersing pada pukul 4.30 pagi!!! Awal gile tu!!! Fuhhh. Time sampai tu petak jugak ah kepala nak buat apa sampai pukul 11.30 pagi, waktu feri bertolak ke pulau. Bayangkan 7 JAM kitorang berpeleseran di bandar Mersing! Whoahhhh!!!



Apa lagi, first thing first, kitorang cari tempat makan dan ada few of us pilih kedai mamak yang memang confirm 26 jam bukak. Tapi, udah2 le dengan kedai mamak, kat KL kan berlambak. Thanks God ada satu kedai kat jeti Mersing bukak dan serve makanan Melayu asli. Mula2 kat situ aku bantai nasi ambang (maaf, pagi2 buta otak lembab, jadi terlupa nak tangkap gambar). Pastu dalam pukul 6 macam tu ada lagi satu kedai bukak dan dia dah prepare mee bandung Muar mali! Oleh kerana nasi ambang tu kira celah gigi aku je, maka kami mencekik pulak mee bandung itu yang masih panas,


Berecey2 air liur gwa!
Perut kenyang, terus ke surau solat Subuh. Baru ingat nak tidur sekali teringat yang aku bawak kamera, maka, aku dengan angkatan penangkap gambar yang lain menangkap gambar sun rise di ufuk Timur. Berikut adalah gambar rajah hasil penangkapan,


Aku tak rasa bukit itu adalah Pulau Tioman
Puas jugak la kan dapat gambar macam ni since aku ni pembangun lambat nak mati, Subuh pun gajah je sokmo. haihhhhh -_-" Area jeti ni best jugak la. Dapat jugak feel2 kampung tu kan. Ni haa lagi satu gambar gabungan jeti mini orang kampung dan matahari terbit,


Jeti ini sangat tinggi. Sesungguhnya lutut saya menggigil keberanian (bukan ketakutan. Ayat kaver)


Dah sedut banyak udara pagi yang mampu membersihkan paru2 dan usus besar, terus tak jadi nak tidur. Kitorang teruskan dengan aktiviti berikut,


Tiada duit atau jam tangan dipertaruhkan. Hanya permainan semata2


Best kan? NOTTT!!! Tapi apa boleh buat. Itu je yang mampu kami lakukan untuk memenuhi masa lapang. Takkan nak main kejar2 ikan tembakul pulak! Mujurlah ada kad, boleh bantai main poker 56 rounds. Oh ya, sebelum tu aku sempat vlogging! HAHAHAHA,





Eh eh, jangan ingat kami tak sempat tidur! Selepas main poker kitorang pergi balik surau dan sempat la tidur sejam. HAHAHAHA (banyaknya aku gelak kali ni). Bangun2 je terus rushing pergi jeti. Semua pun dah berkumpul tapi feri macam biasa, kureng on time. Ngeh


Apa2 pun, ni kira kali pertama aku sampai Mersing. Mungkin time kecik2 pernah kut tapi tak ingat apa2 dah. Mersing is located between Kota Tinggi, Johor and Rompin, Pahang, kira sempadan Johor la ni. Member aku cakap dulu Mersing ni tade apa pun, bangunan pun tak banyak. Tapi sekarang dah cantik, banyak prasarana (gitu perkataan aku guna, prasarana) dan siap ada signboard MERSING kat atas bukit ala2 HOLLYWOOD gitu. Tapi kalau dah sampai sana pagi2 buta apa je yang ada, anjing berkeliaran banyak la. HAHAHA


Okay lah. Next entry, bila aku dah sampai Tioman. Hopefully dapat buat secepat mungkin. Lalalalalalala *siul siul*


Amios Adigos!

2 comments:

Unknown said...

salam..

wuaaaaaaaa...nak nanges aku tgk vid ko..nak pegi..nak pegi...and i love nasi ambeng!!

d' Mekdy said...

Waalaikumussalam :)
alololo tamau la smpai nangis. nanti aku pun nk nangis jgk :| fyi, tu la 2nd time aku mkn nasi ambeng. da la bungkus guna daun pisang, panas plak tu. sedap gileeeeeeeee XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...