Friday 23 September 2011

Perkaitan Jenis Tandas Dan Jenis Pemberakan


Semua manusia di dalam dunia ini pasti berak. Tiada yang tak berak. Kalau kamu kata kamu tak pernah berak bermakna kamu menipu besar. Menipu berdosa masuk neraka tahu kalau kamu tak sempat bertaubat.



Tapi kalau kamu tak tahu apa maksud berak, aku boleh faham. Ini kerana sesetengah orang menggunakan kata kerja lain tapi membawa maksud yang sama dengan berak seperti melabur, uk uk, yak yak, kareb, meletup ataupun pecah lobang.


Berak juga ada jenis-jenisnya bergantung kepada apa jenis makanan yang kamu makan. Tapi apa yang saya tahu kalau makan makanan haram atau daripada sumber haram, ia takkan keluar sebagai tahi. Sebaliknya ia akan keluar melalui sifat atau perangai seseorang yang digelar Berperangai Tahi.


Untuk tandas pula, aku rasa ada dua je dalam Tanah Melayu ni, tandas duduk dan berdiri. Eh maaf, saya selalu berak berdiri. Maksud aku tandas cangkung. Favorite aku dulu tandas cangkung tapi kini aku terpikat dengan tandas duduk aje.


Inilah nak aku beritahu korang. Berdasarkan pengalaman aku tentang cara berak yang mana lebih sesuai untuk jenis pemberakan. Ini sudah terbukti sejak kali pertama aku belajar berak sorang2.


Kalau rasa berak itu berak yang normal, cara berak yang paling sesuai dan pasti akan memberikan kelawasan yang maksimum adalah dengan memilih tandas cangkung. Ini kerana, apabila anda bercangkung, lubang dubur anda akan membuka dengan lebih luas lalu memberi laluan yang optimum untuk najis yang memejal dan tidak cair. Pastikan juga anda fokus kepada daging lubang dubur anda supaya tidak berlaku "inappropriate shit cut". Jika berlaku pasti hampa dan JK.


Seterusnya, jika mengalami sakit perut dan yakin akan keluar yang cecair atau separa cecair, carilah tandas duduk. Ini kerana, lubang dubur yang dalam keadaan tidak tegang akan memberi laluan yang lebih fleksibel untuk jenis najis cecair. Lagipun, jika bukaan kecil, maka halaju cecair akan bertambah. Ingat lagi Prinsip Bernoulli? "As the speed of a moving fluid (liquid or gas) increases, the pressure within the fluid decreases". Ini bermakna, pressure atau tekanan atau stress kerana sakit perut akan berkurang kerana semua keluar dengan halaju yang tinggi.


Semua ini dah aku uji secara klinikal dan secara eksperimen makmal. Setakat ni masih tidak mengecewakan. Korang cubalah!


Oh ya. Jangan takut untuk becangkung di atas tandas duduk jika perlu. Tiada siapa akan tahu melainkan korang sendiri yang bagitahu.


Okay sekian. Aku pasti, lepas korang baca entri ni, musti akan ingat aku time berak. Hikhik sweet la korang ni. Malu saya dibuatnya.


Amios Adigos!


Makmal eksperimen

Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

d' Mekdy said...

Aku pernah berak sambil muntah. sumpah tali perut dan usus kecik aku mcm nak putus. sakit gila! terjadi kerana aku mengalami keracunan makanan

d' Mekdy said...

Makan apa tah. tapi ada kaitan dgn air soda yg aku minum. serius aku nak pengsan tgk muntah aku kaler merah sbb darah. barghhhhhhhh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...