Tuesday 31 January 2012

Pe Lanjiao Ini Semua

Rasanya dah 15 abad tak update blog ni. Bukan sebab malas tahu. Malas tiada dalam kamus hidup saya. Ada 15 juta kalimah dalam kamus hidup saya tapi tiada kalimah malas.


Eleh. Nak cakap aku cover lettew. Tak aku tak cover. Kalau aku cover, dah lama aku akan pakai topeng Guy Fawkes apabila ingin pergi ke Pavillion. Saya pula jenis malu-malu anjing. Eh, anjing lagi malu daripada kucing okay. Kucing mana ada kemaluan apabila dia meminta makanan daripada kita di kedai makan. Itu sifat malu ka? Bukan awak. Bukan.

Sebenarnya, saya dah lama tak update blog adalah sebab saya berkecimpung dalam dunia perniagaan "China Doll". Perniagaan amatlah maju sehingga saya sendiri kena bersenggama dengan wanita rambang bagi menambah bilangan "China Doll" yang mempunyai permintaan amat tinggi di rumah-rumah urut sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Anda telah membazir selama 30 saat membaca sambil berkata "Teruknya Mekdy ni buat kerja haram. Astaghfirullah" ketika membaca perenggan di atas. Saya tipu je. Sebenarnya saya aktif bertwitter. Saya pun tak tahu lah apa dadah yang telah disuntik ke dalam Twitter sehingga saya kini digelar "Twitterwhorelick".

Kebanyakan idea bangang, bodoh, hambar dan tak kurang juga idea yang bijak, genius, kacak, mendamaikan, telah saya curahkan ke dalam setiap bait-bait karakter sebanyak 140 karakter semuanya. Ini kerana, di sana lebih mudah untuk saya menyebarkan dakyah benar dan palsu kerana lebih ramai orang membacanya di sana.

Tapi lihatlah dunia, apabila saya mula menaip, tak sangka dah 6 perenggan dah saya taip sedangkan saya sendiri tak perasan kekacakan saya yang tereflek di skrin monitor ini tatkala saya sedang menaip entri ini.

Okay mungkin malam ini, esok, lusa, Musa dan lain-lain sa akan saya update blog ini. Haruslah saya tidak akan sia-siakan kecekbantal yang amat menyeronokkan ini :D <--- lihatlah saya tersenyum lebar

Takdelah. Takde kaitan pun gambar ini dengan entri ini tapi inilah wajah saya setiap kali saya teringat nak update blog ini. Mih mih mih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...