Tidak mengapa. Yang penting bulu ketiak tak boleh dicukur selalu. Bukan setakat makin subur, tapi akan mengaktifkan pembiakan bunga krisantemum melalui sporanya. Tanpa disedari, makin bertambahlah lembu-lembu yang kian berlagak dan angkuh memandu pelbagai jenis kenderaan di atas jalanraya dan menghidap pelbagai jenis sindrom:
Sindrom Kereta WIRAVO lebih dikenali dengan panggilan kereta-jenama-lokal-tetapi-diubahsuai-gila-gila-babi. Yang selalu kita jumpa di jalanan adalah WIRAVO (Wira+Evo), KAMI (Kancil+Mira), KELINI (Kelisa+Mini) dan Satria Golf. Takde siapa pun nak kisah macam mana rupa bentuk kereta engkorang yang cacarmarba tu, atau macam mana rupa belen yang duduk kat kerusi co-driver tu, tapi kalau bunyi macam 220km/j tapi pergi cuma 30km/j, buat apa? Dah dapat saham untuk pencemaran bunyi, dapat pula tambahan pencemaran kalimah melalui sumpah-seranah pemandu kereta bagak. Saya sendiri tak gemar menyumpah menyeranah tapi saya akan terus mendoakan yang baik-baik aja, seperti doa supaya pemandu tak cedera parah jika eksiden, dan sebagainya
Sindrom Kereta SAMPAH ni eksegeret saya je, sebab saya tak sanggup nak guna SINDROM KERETA BURUK, bunyi teruk sangat. Tapi masalahnya mereka ni, mentang-mentang kereta akan roboh lagi sehari dua, terus engkorang draiv macam onggile. Kita yang bawa kereta bau kedai ni mulalah brek tak ingat punya, yelah, kalau terseret sikit, kan dah calar. Engkorang yang bawa kereta sampah ni peduli apa, kereta dah memang sampah, buat kurang ajar sudah kan. Diorang ni lagi satu hal, kalau bumper belakang dah memang bengkok, memang gemar cari pemandu solo atau sek sek tino --> potong pergi depan --> buat-buat brek sampai terlanggar dengan kereta belakang --> berhenti kat tepi --> ugut nak report pulis --> minta setel kat tempat kejadian --> wallah! Dapat duit free untuk repair bumper. Perangai serupa Char Siu hidup!
Secara keseluruhannya, sebangang mana atau sebanyak mana seseorang tu berubah apabila dapat kereta baru atau sekenhen, sentiasalah jaga adab di jalan raya dan ketika memandu. Kadang-kadang ternampak seekor belen tengah blow job, driver nya boleh la nikmati sambil pecut 30km/j, tapi yang tengah memotong ni, termenikMATI pula. Orang Malaysia ni memang takkan berubah apabila di jalanraya. Bubuh AES setiap 1 meter pun, sama je. Driver yang baik memang banyak, masalahnya tetap tak dapat menangani bilangan lembu yang memandu
Sekian sahaja daripada pakar saikologi lembu. Selamat memandu dan sentiasa ingat orang tersayang, kerana orang yang tersayang tak semestinya orang, kadang-kadang seekor tweetfamous atau sebatang pensil
1 comment:
Huk aloh .
Post a Comment